August 14, 2014

Alhamdulillah!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah, alhamdulillah. Segala puji bagi Allah S.W.T 
Allah je yang tahu macam mana aku rasa masa first first dapat tahu result UPU. Seriously, aku sampai kena marah dengan mak aku sebab delay tengok result.Sebenarnya, aku takut sangat kalau aku dapat UMT. Yelah Seremban ke Terengganu mahu makan 5 jam lebih. & mak ayah aku pulak cakap yang kalau aku dapat jauh memang tak dapat nak hantar aku. Siapa tak sedih kan, bayangkan first day kau ke alam Universiti without your parents. Sedihnya T.T Ok sambung. Lepas dah kena marah, aku pun duduk diam-diam dalam bilik, check sorang-sorang. Masuk je nombor kad pengenalan, aku terus tutup mata. Dalam hati, "Takutnya. Nak buka mata ke tak eh? Hm." Last-last aku buka mata sikit-sikit, tutup screen laptop pulak. Hahaha ah sudah kau ni, bila nak dapat tahu ni? First thing aku nampak, "TAHNIAH!" Ya Allah, alhamdulillah, dapat pun UPU. Part nak tengok dapat mana, memang slowmo gila ah. Okay, lastly..


Alhamdulillah sangat! Sungguh aku tak sangka. Siapa sangka aku dapat bergelar pelajar di UKM? Seriously rasa nak nangis masa tu.
Sayu sangat hati. Alhamdulillah, aku dapat second choice aku. 
InsyaAllah, berbekalkan iman & istiqomah, semoga aku menjadi seorang penuntut ilmu yang mengamalkan ilmunya & menjadi hambaMu yang solehah, ya Allah. Doakan aku ya sahabat-sahabat. Hehe