March 25, 2012

Dia bangun pagi.
Mengintai langit yang kian terik dengan cahaya mentari.
Senyuman yang penuh bererti memberi seribu satu rahsia hati.
Namun buah fikirannya mematikan senyuman diri.
Dia terfikir sampai bila dia harus begini?

Dunia. Kejam dengan manusia-manusia yang tidak mengerti.
Sering sahaja menjaga dia dgn cerita yg belum tentu tepat dikaji. Rimas.
Memang amat menyakitkan jiwa yang kian luka dari hari ke hari.
Anda tak tahu betapa dia cuba menyembunyikan sakit dalam hati ini.
Dia berharap agar ada insan yang sudi memahami.

Penantian suatu penyeksaan. Tidak sama sekali.
Apa yang perlu hanya berdoa kepada Ilahi yang sentiasa menjaga hati ini.
Senyuman itu kembali menguntum di bibir manis. 
Ceria di hati.
Kerana memikirkan janji-janji Dia yang bakal terjadi.

Hanya perlu tersenyum dan menanti.
Kerana dia tidak akan pernah jatuh dalam dunia yang kian menipu diri.
Dia manusia memilih untuk terus hidup.
Terus hidup dengan cara dia yang sederhana.
Kekal dalam ruang biru yang dia suka.
Yang dia boleh menanti dengan selesa.