July 3, 2017

Internship D1

Salam. Hi guys.
The whole process to get to today, I swear it wasn't easy.
Alhamdulillah, Department of Environment (DOE) Negeri Sembilan awesomely accept my last minute application!

So today is D1. I am freakingly nervous that I left my phone at home!
Gelabah jangan cakap. Dah sampai, raba-raba beg tengok phone tak ada.
Rasa nak nangis, tapi harini hari pertama ever aku kerja.
So yeah no, I decided to be tough.

"I can live without phone."
"I didn't have to call anyone, right."
"I'll be fine. I'm fine."
"Just get through today, please."

Related image

Nak borak, memang awkward lah cerita dia. Baru jumpa.
Dahlah aku ni tak mesra gittewh saat pertama kali bertemu.


Masuk je pintu tu, aku nampak ada perempuan duduk kat kerusi maroon ni.
Dalam hati, "Bapak ah ada lagi awal dari aku."
Nampak gaya macam student. Baju merah makngoh.

Terus tanya,
"Intern jugak ke?"

"Aah. Sama jugak ke?"

"Yup. Universiti mana?"

"UKM. Awak?"

Terus aku blur. Aku pun UKM. Ni Jabatan Alam Sekitar kan?
Ada kawan kelas sama kos yang aku tak kenal ke?
Hahahah tetiba rasa bengap pulak blur sebab tu.

"UKM jugak. Awak kos apa?"

"Geografi."

Oh. Hahaha patutlah aku tak pernah kenal makhluk ini.
Nama dia Syida.

Tetiba ada budak intern lama datang bagitahu,
nanti ada Tuan Haji yang akan guide semua intern kat sini.
Lepastu kitorang ikut budak intern tu. Dia ajak duduk perpustakaan, tempat budak intern.
Masa tu ada tiga orang kot budak intern lama.
Tunggu punya tunggu, budak tu suruh kitorang naik atas, duduk dengan budak intern lain.
Dalam hati aku, "Alamak, ramai ke? Takyah lah ramai-ramai huhuhu."


Naik-naik tangga spiral ni (unik betul), nampak ada lagi dua orang budak intern baru sampai.
Seorang lelaki dan seorang perempuan.
Terus pergi duduk menyempit kat sebelah perempuan tu.
Sebab segan takkan lah nak duduk sebelah lelaki tu hahaha.

Syida duduk je terus borak tanya perempuan sebelah aku ni.
Aku macam nak borak jugak (menyibuk), so aku tanya dekat lelaki tu.

"Ni (sambil tunjuk dia), universiti mana?"

"UMT."

Hahaha okay done mencuba memulakan perbualan.
Aku tak tanya nama dia pun. Nanti-nanti mesti tahu kan. Lagipun dia seorang je lelaki kat sini.
Perempuan sebelah aku tadi student UTHM. Aqilah nama dia.

Lepas dah borak-borak perhangat punggung, Tuan Haji yang dinantikan sampai.
Dia suruh turun balik bawah, tempat perpustakaan tadi.
Dalam tu ada meja besar, dua biji.
Semua pilih tempat masing-masing. End up aku duduk menghadap lelaki tadi.
Bapak ah, segan nak mampus. Penat cover keseganan tu.
Walaupun dia tak pandang aku, tapi anak mata aku sentiasa nampak dia hahaha -.-

Pusing punya pusing dalam perpustakaan ni, aku jumpa port best.
Pandangan dari dalam gambar kat atas ni. Belakang rak buku.

Paling awesome sebab boleh nampak view ni.
Belah kiri sikit gambar ni boleh nampak Pasar Besar Seremban.

Lepastu, Tuan Haji datang. Borak sikit, then dia nak belanja sarapan.
Aku memang tak sarapan pagi tu,
lapar gila lalu terus mengiyakan ajakan beliau hahaha hari pertama dah bawa perangai.

Sampai kedai mamak yang jalan kaki tak sampai 5 minit tu, Tuan Haji suruh pesan makanan apa-apa je.
Aku dahlah loading nak pesan apa, semua senyap pulak masa tu.
Kalau masuk mamak, yang aku tahu roti kosong jelah cerita dia.
Dahlah jarang makan kat mamak. Tak suka sangat.
Long story short, aku order roti kosong. Then kena tanya pulak, air apa?
Disebabkan aku ni makhluk yang penuh budi bahasa dan kesantunan, aku order la air suam.
Lagipun perut aku tak sedap pagi tu, kalau aku minum air manis confirm aku aneh-aneh kejap lagi.

Aku duduk pulak berdepan dengan Tuan Haji. Adoi la, apa aku nak goreng borak dengan dia ni.
Dia pun macam awkward je nak tanya hahahah.
Nak tanya, tanya jelah! Ni teragak-agak. Geram pulak aku.

Eh penat pulak tulis. Balik office, tak ada kerja lagi. Hari pertama la katakan.
Budak intern lama pulak nampak macam sibuk. Sibuk sangat ke? Haha borak pun sikit-sikit je. Diorang pun awkward lagi kot.
Yada, yada, yada borak sikit gelak awkward sengeh sengeh.
Tuan Haji datang. Cuba teka dia bawa perutusan apa?
*all eyes were on me*
Ayah aku call JASNS cari aku sebab nak cakap phone aku tertinggal.
Hahahahahahahahahah
Nak mampus malu dia. Aku baru cover baik punya depan diorang yang aku cool tak ada phone kat tangan ðŸ˜‚
Aku pulak pergi tanya balik Tuan Haji,
"Okay. Nak call guna apa ni?"
Tuan Haji boleh cakap taktahu? ðŸ˜‚ Aku dahlah blur masa tu.
Nasib baik Syida offer guna phone dia. Bolehlah aku call ayah aku kejap.
Yada, yada, yada sambung selak-selak buku, merayau sikit tengok-tengok kawasan dalam office.
Tiba-tiba semua dah tidur berjemaah.

Nak ke 5.00pm tu rasa lama yakmat!
Aku dengan tak ada phone.. Terkebil-kebil bajet-bajet baca buku kat perpustakaan tu :'D
Masa aku merayau tu, aku duduk kejap baca laporan apa entah tebal gila.
Tetiba Qila datang duduk sebelah. Dia ni nampak macam tak friendly je, macam susah nak senyum.
Borak-borak lah kejap. Acah ada benda nak borak, padahal aku sendiri taktahu nak goreng apa dah ðŸ˜‚

 Tahu-tahu dah pukul 5.00pm. Serious bahagia rasa dia.
Perut pulak craving semacam roti telur seharian ni.
Balik masak roti telur. Bahagianya kehidupan.
Ada lagi 42 hari.
Ciao.

June 14, 2017

Is this the end?

It feels like forever since I wrote the last post.
FYP (Final Year Project) went well, alhamdulillah.
Thesis, done!
I'm gonna write another post about my thesis.
How I started, went sampling like i'm on vacation & yada yada.
What a journey!



Anyway,
The answer for the title above?
NO
Internship awaits!